Fawziya Mohammed |
Menurut laporan Alhijrah Online, wanita berusia 38 tahun itu sulit mempercayai rezeki ‘tiket emas’ yang diterima selepas dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
“Ini adalah kali pertama saya akan menunaikan haji. Alhamdillah, saya sangat bersyukur kerana idak menyangka saya mendapat peluang sekali seumur hidup ini,” katanya menerusi laporan Hajj Media.
Fawziya Mohammed |
Selain itu, beliau menganggap peluang menjadi tetamu Allah SWT itu merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 28 Julai ini.
Memetik laporan The Malaysian Insight pula, Fawziya sekurang-kurangnya menjadi antara lapan rakyat Malaysia yang terpilih terdiri daripada pelajar serta pekerja di negara berkenaan.
Terdahulu, jumlah jemaah haji pada tahun ini dikurangkan kepada 1,000 jemaah sahaja oleh kerajaan Arab Saudi yang akan bermula pada 29 Juli ini berbanding jutaan jemaah sebelum ini.
Walau bagaimanapun, media tempatan melaporkan hampir 10,000 individu yang menetap di negara itu akan menyertai ibadah tersebut pada tahun ini.
Tonton laporan berita Alhijrah